Thursday, January 1, 2009

GOING PLACES

Jauh perjalanan luas pengalaman. Kata-kata itu ada benarnya. Melihat tempat orang sedikit sebanyak akan membuka minda kita tentang perbezaan (@ persamaan) budaya, tingkah laku, fahaman, pemikiran, corak dan gaya hidup kita dengan orang lain.

Mungkin ada yang berpendapat, "tak perlu susah-susah pergi jauh. surf je internet @ tonton je rancangan yang ada kat astro tu - macam2 ada..bla..bla..bla.. boleh dapat pengetahuan jugak..."
Tapi pengalaman yang kita rasai sendiri tidak sama - mungkin serupa tapi tak sama - dgn pengalaman orang lain. Namun, ada banyak faktor yang mempengaruhi "perjalanan kita". Faktor kewangan adalah pokoknya...begitu juga masa, kesihatan mungkin. Ada juga yang berkemampuan..tapi tak nak pergi mana-mana sebab tak minat, tak suka jalan-jalan ni...rasa macam buang masa...semuanya terpulanglah kepada setiap individu tu sendiri. Untuk yang berkesempatan dan berpeluang melihat tempat orang tu...pandai-pandailah bawa diri...dan jagalah batas-batasnya...

Kalau boleh jalan2 tu..best je rasanya...especially kalau yg jalan2 tu x terikat dgn kerja..saja-saja je makan angin...tu yg lagi syok tu...

Bagi sesetengah org, mereka mementingkan tempat tinggal yang selesa sekalipun travel. Ada jugak yg fikir tak perlu spend byk utk accomodation sbb bukan duduk pun sekadar balik pd waktu mlm utk tidur setelah seharian berada di luar...jalan2..pusing2..makan angin. Tapi ada juga yg berpendapat sebaliknya. Dah penat jalan2 seharian..nak lah berehat dan tidur di tempat yg selesa mcm kat rumah.. sekali lagi semua tu terpulang kepada penilaian dan citarasa masing-masing dan jangan lupa ikut kemampuan diri.... pilihan masing2 lah... ikut keselesaan masing2..

4 comments:

  1. Memang tak sama tengok kat TV dan mengalami sendiri, lebih baik mengalami sendiri.

    ReplyDelete
  2. wow, nampaknya saya lambat maklum tentang blog zoom malaysia ni.. bagus, saya setuju sekali. lagi banyak jalan, lagi banyak pengalaman. mana sama pergi sendiri ke "scadinavia" contohnya, dengan hanya tengok gambar saja.. kan? kan?

    ReplyDelete
  3. Nafastari, memang betul.pengalaman menarik yg kita sendiri lalui adalah lebih baik berbanding dengan sekadar mendengar cerita orang.

    ReplyDelete
  4. lydia, buat masa ni tengok je lah dulu scandinavia kat AFC tu..sbb nak alami sendiri masih belum mampu $$$$

    ReplyDelete